05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Transformasi Dan Pemerkasaan Pendaftar & Penolong Pendaftar Serta Penceramah Kursus Perkahwinan

TH Hotel 01

29 Oktober 2015 (Khamis) – Cawangan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Cawangan Labuan dengan kerjasama  Bahagian Keluarga,Sosial Dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  telah mengadakan Kursus Transformasi Dan Pemerkasaan Pendaftar & Penolong Pendaftar Serta Penceramah Kursus Perkahwinan (MBPKI) selama 3 hari 2 malam bertempat di Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu, Sabah.

Seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada Pendaftar & Penolong Pendaftar Perkahwinan dan Penceramah MBPKI telah terpilih menghadiri kursus ini.

Bagi memastikan supaya pelaksanaannya tatacara dan kaedah proses perkahwinan serta kaedah penyampaian ceramah menepati objektif yang telah ditetapkan Jabatan dan Bahagian Komuniti Sosial Dan Keluarga (KSK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kursus ini serba sedikit telah memberi pendedahan dan cara yang berkesan bagi menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan munakahat.

Kursus yang bermula 29 Oktober 2015 dan berakhir pada 31 Oktober 2015 telah disempurnakan perasmian penutupannya oleh YBhg. Tuan Hj. Paimuzi Bin Yahya  Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Turut hadir dalam majlis penutupan tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah bahagian KSK Ustazah Sabariah Binti Salleh mewakili Pengarah Bahagian Komuniti Sosial dan Keluarga JAKIM. Antara objektif perlaksanaan kursus ini adalah:

  1. Memberi penjelasan kepada semua pendaftar dan penolong pendaftar mengenai prosuder,isu-isu terkini.
  2. Meningkatkan tahap kemahiran pendaftar dan penolong pendaftar dengan keupayaan sebagai pendaftar.
  3. Memantapkan pemahaman prosuder perkahwinan secara terarah dan teratur melalui kursus yang berkualiti dan berwibawa.
  4. Memberi pengetahuan mengenai perancangan pengurusan rumahtangga yang di tuntut oleh Islam untuk memperoleh kesejahteraan dan rahmat dari Allah s.w.t.
  5. Menyampaikan penilaian masyarakat dan peserta kursus terhadap mutu penyampaian penceramah.
  6. Memberi pendedahan kepada para penceramah berkaitan aspek yang perlu ditekankan di dalam penyampaian isu-isu perkahwinan.

Setinggi tinggi tahniah kepada semua peserta. Semoga dapat memberi sumbangan ilmu dan curahan pengalaman yang pastinya berguna bagi para peserta kursus pra perkahwinan nanti.

TH Hotel 02

Foto dan teks oleh:

Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga,

JAWI, Labuan


Cetak   Emel