05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Saudara Muslim Cemerlang Diiktiraf

DSC 9048 

30 November 2015 – Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kelas Pengajian Saudara Muslim bertempat di Asrama Darul Hidayah, Jalan Dato’ Abdul Razak, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Majlis yang diadakan pada 30 November 2015 (Isnin) ini bertujuan untuk meraikan dan menghargai Saudara Muslim yang cemerlang serta sentiasa menunjukkan komitmen dan disiplin yang tinggi sepanjang tempoh pengajian. Seramai 21 orang pelajar telah menerima anugerah pada majlis tersebut. Antara anugerah yang disampaikan adalah Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Tahunan, Anugerah Pelajar Cemerlang, Anugerah Khas dan Anugerah Guru Cemerlang. Di samping itu, turut disampaikan Sijil Tamat Pengajian kepada seramai 52 orang pelajar.  

Perasmian majlis dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Turut hadir YBhg. Ustaz Yusof bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, Puan Maizura binti Shamsudin, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru dan pegawai-pegawai kanan JAWI. Majlis diserikan dengan persembahan khas oleh kumpulan nasyid Soutul Hidayah yang dianggotai oleh para pelajar Kelas Pengajian Saudara Muslim JAWI. Pihak JAWI mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan berharap mereka akan terus berusaha dan bersaing secara sihat dalam melakukan satu anjakan ke arah mencapai kecemerlangan dalam kehidupan seorang muslim. 

 

 

Disediakan oleh :

Bahagian Pengurusan Dakwah

 

 

DSC 9030  DSC 8771 

YM TG. AHMAD AKMAL HAMDI BIN TUAN YACOB –

ANUGERAH GURU CEMERLANG

EN. MUHAMMAD LIAN BIN ABDULLAH –

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG (LELAKI)

 DSC 8774  DSC 8640
 PN. NUR IMAN ALYA OLIVIA BINTI FREDERICK –

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG (WANITA)

PERSEMBAHAN KUMPULAN SOUTUL HIDAYAH


 

DSC 8470  DSC 8546 

 

 


Cetak   Emel