Terdapat ralat sambungan dengan API eSolat. Sila cuba sebentar lagi.

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

 DSC 1978

 

4 April 2016 ( Isnin ) – Pusat Pentadbiran Zon 4 dan Masjid Al-Akram Kg. Datuk Keramat dengan kerjasama DBKL dan Parlimen Titiwangsa telah mengadakan Ceramah Perdana yang telah disampaikan oleh penceramah yang terkenal iaitu Y.Bhg Dato’ Ustaz Badli Shah Bin Alauddin, bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Al-Akram.

Ceramah Perdana  ini bermula selepas solat Fardhu Maghrib dan berakhir jam 9.30 malam. Kehadiran Jemaah sekitar 1000 orang telah membanjiri Dewan Solat Masjid. Tetamu yang hadir adalah dari kawasan kariah yang berdekatan yang turut bersama-sama meriahkan ceramah pada kali ini hanya bertujuan untuk menatap sendiri penceramah yang begitu dikenali ramai ini.

Antara intipati ceramah yang telah disampaikan ialah bagi menggamit masyarakat agar berusaha untuk mengukuhkan perpaduan diantara masyarakat muslim khususnya mahupun non-muslim. Hubungan silaturrahim amatlah perlu dipupuk di setiap hati sanubari umat islam  supaya Islam sentiasa cemerlang dimata dunia.

 

Ceramah berakhir dengan disajikan makan malam oleh DBKL kepada tetamu yang hadir. Sambutan yang amat menggalakkan telah meriahkan majlis pada malam tersebut. 

 

DSC 1979 2  DSC 1981 
 DSC 1988  DSC 1980
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Masjid,
Pusat Zon 4,
JAWI, Kuala Lumpur

Cetak   Emel