05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Artis Mendalami Ilmu Agama

uij 

 

 

Pada 25 November 2015 lalu, pengisian menarik bertajuk "Menu Hati, Tribute Tan Sri P.Ramlee" disampaikan oleh Ustaz Idzhar Jumali (Nowseeheart) telah dijalankan di auditorium Pawagam Mini P.Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hulu Kelang, bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) & FINAS. Sebelum itu, beberapa siri kuliah dijalankan semenjak April 2015 sebanyak 2 minggu sekali termasuk Kuliah Aqidah, Al-Quran dan Fiqh oleh tenaga mengajar berkemahiran seperti Al-fadhil Ustaz Mohd Zaidi b Ramli, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM, Ustazah Nurul Hidayah Kamaruddin, Naib Johan rancangan realiti Ustazah Pilihan dan Ustazah Nawiyah binti Abu. Kuliah-kuliah ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran setiap bulan antara 20-30 orang setiap siri.

 

Bermula Ogos 2015, atas ihsan FINAS yang berterusan memberi sokongan, program ini diperluaskan dengan penganjuran Program Usrah Gabungan Bulanan melibatkan JAWI, PKAVM dan Usrah Fitrah yang kebanyakkannya dianggotai selebriti muda. Sambutan amat memberangsangkan dengan kehadiran mencecah lebih 50 orang setiap bulan. Antara penceramah yang menjayakan program ini adalah Al-fadhil Ustaz Ghazali Ibrahim, Al-fadhil Ustaz Mohd Zaidi b. Ramli, Al-fadhil Ustaz Zamri Zainuddin (Zamri Mantop) dan bagi bulan Disember nanti akan disampaikan oleh ketua naqib Usrah Fitrah iaitu Al-fadhil Ustaz Zul Ramli M. Razali.

 

“Artis” – itu gelaran yang selalu masyarakat labelkan kepada mereka yang terlibat dalam industri seni khususnya mereka yang berada di hadapan tabir. Hakikatnya penyanyi dan pelakon adalah figura masyarakat yang sering dikaitkan dengan pelbagai gosip & perilaku negatif. Industri seni kelihatan kotor  hanya kerana perbuatan sebilangan kecil yang benar-benar tersasar. Sedangkan seni baik nyanyian atau lakonan, muzik, filem dan drama yang patuh syariah adalah medium dakwah yang sangat baik & mampu menarik lebih ramai mad’u & artis yang membawa mesej tersebut  merupakan ‘Ejen Dakwah’ secara tidak langsung.  Kini gelombang kesedaran terhadap agama dalam industri tersebut semakin tinggi. Kehadiran ‘selebriti hijrah’ yang semakin ramai adalah indikator terhadap situasi ini.

Justeru, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengambil inisiatif menyediakan platfom pengisian rohani yang dinamakan “HALAQAH INSAN SENI” khusus kepada semua aktivis seni di depan & belakang tabir. Selain bertujuan ‘menyeru kepada yang makruf’’ program ini juga usaha jabatan merapatkan jurang antara para pendakwah & insan seni dalam memahami ‘dunia seni’, memberi kesedaran dalam menunjuk arah mengekalkan jati diri seorang muslim sedang mereka masih aktif dalam lapangan seni masing-masing.

 

“Alhamdulillah ustazah. Walaupun sibuk dengan shooting saya tidak pernah ‘miss’ program di FINAS ini. Bagaimana sibuk sekalipun saya akan datang dan sentiasa ajak kawan-kawan artis yang lain untuk hadir sama melalui Fb & Whatsapp. Walaupun sudah separuh abad, rasanya tidak terlambat untuk saya belajar agama dan memanfaatkan usia yang masih berbaki..” 

 

Itu antara maklumbalas positif yang diterima. Syukur alhamdulillah. Semoga kelangsungan dakwah terhadap golongan seni ini dipermudahkan dan dapat diteruskan di masa akan datang. 

 

Disediakan oleh :

Bahagian Pengurusan Dakwah

 

0f35f909-645c-4fe1-b16f-80908dd3e26d  hs 
 hs2  halaqah seni
 hs4  hs5
 hs6 idzhar jumali 

Cetak   Emel