05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Faqihufiddin ; Kakitangan Pusat Darah Negara Mendalami Ilmu Akhirat

 sss

 

23 November 2015 - Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Biro Agama Islam Pusat Darah Negara telah menganjurkan Seminar Faqihufiddin : bersempena dengan Sambutan Ma’al Hijrah 1437H bertempat di Auditorium Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur. Seminar yang diadakan pada 23 November 2015 (Isnin) di antara lainnya bertujuan untuk memberi pendedahan ilmu akhirat serta cabaran menempuhi kehidupan di akhir zaman kepada pasa peserta yang majoritinya merupakan kakitangan Pusat Darah Negara di samping memberikan mereka kefahaman di dalam urusan pembahagian harta pusaka (faraid). Program selama sehari ini telah menarik seramai hampir 120 penyertaan dari pelbagai jabatan dan agensi serta pihak swasta/NGO.

            Antara pengisian seminar adalah ceramah bertajuk “Dilema Wanita Berkerjaya” oleh Ustazah Asmak binti Husin dari Center of Islamic Thought & Understanding (CITU) UiTM yang juga pengacara rancangan Tanyalah Ustazah di TV9 dan ceramah berkaitan “Tanggungjawab Terhadap Pusaka Wasiat & Hibah” yang disampaikan oleh Ustaz Syed Abdullah bin Syed Nordin, Timbalan Pengarah, Jabatan Integriti DBKL. Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ustazah Sharidah binti Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah.

 

Disediakan oleh :

BAHAGIAN PENGURUSAN DAKWAH

 
20151122184016  20151122184016 1l 
 20151122184015  Ajy4lhbF2K8oXy7cNYvrXoUJXLy0-nfx v-nsj2vV1MR

Cetak   Emel