05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

 IMG 0769

 

18 Mac 2016 (Jumaat) – Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4, JAWI telah mengadakan Program Kembara Ilmu Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan 2016 pada 11-16 Mac 2016 di Setiap Zon Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Berikut adalah senarai masjid-masjid yang telah dilawati bagi sesi Kembara Ilmu ini:

TARIKH

MASJID

ZON

11 Mac 2016

(Jumaat)

Masjid Amaniah, Kepong

ZON 1

Masjid Amru Ibni Al-‘Ass, Sentul

ZON 2

Masjid Jamek Bandaraya

ZON 3

12 Mac 2016

(Sabtu)

Masjid al-Akram, Keramat

ZON 4

Masjid Al-Muqarrabin, BTS

ZON 5

Masjid Saidina Umar Bin Khattab, Damansara

ZON 6

14 Mac 2016

(Isnin)

Surau Jumaat Al-Munawwarah,

Surau Jumaat Putra Al-Amin,

WP Putrajaya

ZON 7

14 – 16 Mac 2016

(Isnin-Rabu)

Masjid Jamek An-Nur,

Masjid Muzakkirullah

 WP Labuan

ZON 8

 

Program kembara ilmu ini bertujuan untuk menjalankan kaji selidik tentang aktiviti-aktiviti yang menjadi daya tarikan di beberapa masjid di setiap Zon Wilayah Persekutuan secara langsung yang dapat memberi nilai positif kepada masyarakat. Selain itu, kajian ini juga dapat menyingkap aktiviti pengimarahan masjid yang unik dan inovatif di pada abad-21 ini. Setiap masjid yang terlibat akan diedarkan borang kaji selidik yang mengandungi beberapa soalan tentang pengimarahan masjid.

Kedatangan sukarelawan program ini telah disambut baik oleh pihak Jawatankuasa Masjid dan telah juga diadakan sesi perbincangan bagi bertukar pendapat khususnya tentang pengimarahan masjid dan juga urusan pentadbiran masjid. Kedatangan delegasi sukarelawan di Wilayah Perseketuan Putrajaya telah disambut baik oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan iaitu Tuan Haji Hazaruddin Bin Baharudin.

 

Tidak ketinggalan juga, sukarelawan program berkesempatan menziarahi Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (JAWI), Labuan pada 15 Mac 2016 bagi perkongsian tentang aktiviti-aktiviti pengimarahan masjid di sana. Perkongsian itu telah disampaikan oleh Tuan Haji Sabarudin Bin Hasan selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI, Labuan.

 

Sukarelawan bagi program ini adalah seramai 33 orang yang terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid, kakitangan masjid dan juga ahli kariah. Program kembara ilmu ini telah berakhir pada 16 Mac 2016.

 

 

IMG 0770  IMG 0772 
 IMG 0773  IMG 0776
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Masjid,
Pusat Zon 4,
JAWI, Kuala Lumpur

Cetak   Emel