05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Intensif Pengurusan Jenazah Dengan Kerjasama Persatuan Ibu Tunggal Lembah Keramat dan Sekolah Kebangsaan Sungai Besi.

 

kpj1 

Pada 04hb Oktober 2015 (Ahad) dan 15hb Oktober 2015 (Khamis) bertempat di Surau Al-Raudhah Islamiyah Keramat dan Dewan SK Sungai Besi Kuala Lumpur, JAWI telah mengadakan dua siri kursus  Intensif Pengurusan Jenazah kepada 300 orang peserta yang terdiri daripada ahli Persatuan Ibu Tunggal dan murid  tahun 6 SK Sungai Besi.

Kursus ini telah  di adakan adalah bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai pengurusan jenazah disamping memenuhi tuntutan fardhu kifayah. Peserta kursus diberikan penerangan mengenai adab-adab ketika menghadapi orang yang sedang sakit, tanggungjawab waris dan tidak lupa 4 perkara wajib yang perlu kita tunaikan ketika menguruskan jenazah.

Murid sekolah rendah dari awal lagi perlu didedahkan dengan ilmu agar mereka sedar bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab menguruskan jenazah suatu hari nanti. Demonsterasi menyediakan kain kafan buat jenazah turut menambah minat peserta untuk mengetahui dengan lebih dalam lagi.

Majlis Penutupan kursus ini masing-masing telah dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal dan Lembah Keramat bagi kursus yang diadakan di Surau al-Raudhah Islamiyah Keramat. Manakala Kursus Intensif bagi murid sekolah rendah telah dihadiri oleh Guru Besar SK Sg. Besi , Kuala Lumpur.

kpj2  kpj3 
 kpj5  kpj6

Teks dan Gambar oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI


Cetak   Emel