05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Mahabbah Sempena Hari Guru dan Aidil Fitri 2015

 

 

15 Ogos 2015 (Sabtu) -  Persatuan Guru-Guru Sekolah Rendah Agama (PGSRA), Persatuan Kebajikan Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (PERKAFA) dan Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Mahabbah Hari Guru dan Aidil Fitri 2015 di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Seramai 1000 warga guru bersama keluarga hadir dalam majlis tersebut. Majlis ini juga merupakan penutup bagi Program Semarak Hari Guru yang telah dilancarkan pada 28 Mei 2015 yang lalu.  

Pelbagai acara telah dirancang dalam Program Semarak Hari Guru, antaranya Ihya’ Ramadhan, Ihtifal Guru, Karnival Sukan Guru dan Mahabbah Aidil Fitri. Dalam Program Ihtifal guru, antara acara yang dipertandingkan ialah acara Tilawah Al-Quran, Hafazan, Mencipta Kit  Pembelajaran dan Nasyid.

Majlis Mahabbah Hari Guru dan Aidil Fitri ini telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI. Beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM152,600.00 daripada peruntukan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada pengerusi PERKAFA bagi tujuan saguhati duit raya kepada seramai 763 orang guru KAFA.

Di dalam majlis tersebut turut diumumkan keputusan pelaksanaan program 3K iaitu johan bagi sekolah gred A ialah SRA al-Nawawi, Taman Ibu Kota Gombak. Johan bagi sekolah gred B ialah SRA Abdul Rahman bin Auf, Puchong dan johan bagi sekolah gred  C ialah SRA Bilal bin Rabah, Kampung Puah Gombak. Kemuncak majlis  ini ialah pengumuman bagi dua orang tokoh Guru JAWI 2015 yang telah disandang oleh Ustaz  Asmadi bin Aris dan Hajjah Ramlah binti Muhammad. 

 

   
   
   

Bahagian Pelajaran,JAWI


Cetak   Emel