05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Implikasi Media Baharu Serta Pengaruhnya Dalam Kehidupan Seharian

20 Ogos 2015M / 5 Zulkaedah 1436H (Khamis). Bahagian Penyelidikan JAWI telah mengadakan Seminar Implikasi Media Baharu Serta Pengaruhnya Dalam Kehidupan Seharian. Seminar ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI dan turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Zainul Abidin bin Mat Noor, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan.

Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Balai Polis Trafik, Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) IPK KL, Perpustakaan Awam Islam, serta wakil-wakil daripada setiap bahagian JAWI telah menghadiri seminar ini.

Sesi pertama seminar diisi dengan ceramah "Penggunaan Media Baharu dan Kesannya Kepada Masyarakat" yang disampaikan oleh Y.Bhg. Encik Muzaffar bin Mustaffa dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Manakala ceramah kedua pula disampaikan oleh Y.Bhg. ASP Norasrul bin Arif dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, PDRM dengan tajuk "Kesalahan Jenayah Siber". Disamping itu pihak KDN juga turut mengadakan pameran berkaitan bahan-bahan cetakan, contoh-contoh Al-Quran tersalah cetak dan sebagainya.

Menerusi penganjuran seminar ini, diharapkan agar para peserta seminar akan mendapat pendedahan dan pemahaman mengenai media baharu serta kesannya terhadap kehidupan dan keharmonian masyarakat. 

 
SEMINAR IMPLIKASI MEDIA 1  SEMINAR IMPLIKASI MEDIA 2  SEMINAR IMPLIKASI MEDIA 3 
 SEMINAR IMPLIKASI MEDIA 4  SEMINAR IMPLIKASI MEDIA 5  SEMINAR IMPLIKASI MEDIA 6

Cetak   Emel