05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS SILATURRIM AIDILFITRI 1436 MASJID AT-TAQWA TTDI

MRT1

15 Ogos 2015 (Sabtu) - Masjid At-Taqwa telah mengadakan Majlis Silaturrahim Aidilfitri 1436h di perkarangan masjid. Majlis dimulakan dengan bacaan Quran oleh YBhg Ustaz Mujahidin Syahid  bin Nasrudin dari Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur,kemudian diikuti bacaan doa oleh Ketua Imam Masjid At-Taqwa YBhg Ustaz Ahmad Saufi bin Mustaffa. Majlis Silaturrahim Aidilfitri dirasmikan oleh pengerusi Masjid At-Taqwa YBhg Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asaari bin Mohamed Nor.

 

Majlis Silaturrahim Aidilfitri bertujuan  mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli kariah dan Jemaah TTDI serta kawasan sekitarnya. Program ini dianjurkan setiap tahun oleh pihak masjid sempena dengan kemeriahan bulan Syawal. Pelbagai aneka juadah disediakan oleh pihak masjid,antaranya kambing golek (11 ekor), sate(5000 cucuk),lemang, mee kari, murtabak dan pelbagai jenis juadah lagi. Lebih kurang 1500 orang pengunjung hadir untuk sama-sama memerihkan majlis ini.

 

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan acara sumbangan duit raya kepada anak yatim dari rumah anak yatim ILHAM pinggir TTDI dan duit raya kepada kanak-kanak berusia 12 tahun kebawah.

 

 

MRT2 MRT3
MRT4 MRT5
MRT6 MRT7
 
Disediakan Oleh:
Masjid At-Taqwa,
Taman Tun Dr. Ismail, KL

 


Cetak   Emel