05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS TAUTAN KASIH AIDILFITRI 2015/1436H

 

RZ61

 

MASJID AL-HIDAYAH, KG. SG. PENCHALA, KUALA LUMPUR, 9 OGOS 2015 -Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Masjid-Masjid Pentadbiran Pusat Zon 6 dan Komuniti Penduduk   Kg. Sg. Penchala telah menganjurkan Majlis Tautan Kasih Aidilfitri 2015/1436H.

 

 

Majlis Tautan Kasih Aidilfitri bertujuan mengeratkan silaturahim di kalangan ahli-ahli kariah warga Zon 6 yang meliputi kawasan Bukit Damansara, Bangsar, Taman Tun Dr. Ismail, Kg. Sg. Penchala, Kerinchi dan Pantai Dalam. Program dianjurkan sempena kemeriahan bulan Syawal selama sebulan dengan pebagai aneka juadah tradisional dan kontemporari yang disediakan dari lebih 20 gerai (10 Masjid-masjid Pentadbiran Pusat Zon 6) buat kira-kira 2,500 pengunjung yang datang.

 

Pelbagai pengisian telah diatur antaranya lawatan Y.Bhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Haji Yahya, Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, diringi oleh Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Y.Bhg. Dato’ Wira Haji Thobrani Bin Haji Hanafi, Pengerusi Masjid Al-Hidayah, Kg. Sg. Penchala (tuan rumah) serta Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa Masjid-Masjid Pentadbiran Pusat Zon 6. Selain itu, majlis dimeriahkan dengan upacara sumbangan duit raya dari pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Masjid-Masjid Pentadbiran Pusat Zon 6.

 

Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Haji Yahya, Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi Gerai Terbaik Majlis Tautan Kasih Aidilfitri 2015/1436H yang diungguli oleh Masjid Al-Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail (Johan), Masjid Al-Hidayah, Kg. Sg. Penchala (Kedua) dan Masjid Al-Ikhlasiah, Kerinchi, Pantai Dalam (Ketiga). Johan bagi kategori ini telah membawa pulang Piala Pusingan berserta hamper. Manakala tempat kedua, ketiga dan saguhati memperolehi hadiah hamper.

 

RZ62 RZ63
RZ64 RZ65
RZ66 RZ61


Disediakan Oleh:                                                                                                                              Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel