05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Ihtifal SRA dan KAFA 2015

 

 
 

11 Ogos 2015 (Selasa) -  JAWI telah mengadakan Majlis Ihtifal SRA dan KAFA Peringkat Wilayah Persekutuan bagi tahun 2015 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Majlis Ihtifal iniadalah aktiviti ko-kurikulum yang melibatkan penyertaan murid-murid di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA). Ia merupakan pelengkap di dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada kurikulum JAWI. Seramai 230 orang peserta telah menyertai majlis ini dengan mengikuti pelbagai acara, antaranya; acara nasyid, bercerita, hafazan, penulisan jawi, khat, syarahan dan tilawah al-Quran.

Majlis ini bertujuan untuk mengukur kefahaman serta penghayatan kepada murid-murid mengenai pengamalan cara hidup sebagai seorang muslim melalui kegiatan ko-kurikulum. Ia juga, sebagai galakan yang sihat agar semua murid sentiasa berdaya saing dan berusaha menjadikan diri menjadi contoh kepada orang lain.

Pelaksanaan majlis ini bermula di peringkat zon SRA, dan seterusnya kesemua pemenang dalam acara yang dipertandingkan dibawa ke peringkat Wilayah Persekutuan. Bagi tahun 2015 ini, JAWI telah melibatkan penyertaan peserta seramai 230 orang dan peserta dari Wilayah Persekutuan Labuan seramai 10 orang.

Keputusan juara keseluruhan bagi Ihtifal Peringkat Wilayah Persekutuan 2015 in,i telah disandang oleh SRA/KAFA Zon 6 (Bangsar). Lain-lain keputusan, antaranya

1- Juara acara nasyid lelaki - SRA al-Mubarakah

2- Juara acara nasyid perempuan -  KAFA Sek Keb. Putrajaya Presint 18 (1).

3- Juara acara hafazan perempuan -  SRA al-Khawarizmi

4- Juara acara hafazan lelaki - SRA al-Zamakhsyari

5- Juara acara bercerita lelaki -  SRA Saidina Ali

Majlis penyampaian hadiah ihtifal ini telah disempurnakan oleh YBrs. Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah (Operasi), JAWI.

   
   
   
 Bahagian Pelajaran, JAWI

Cetak   Emel