05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Pembangunan Organisasi Guru JAWI

 
 3 - 6 Ogos 2015 (Isnin – khamis) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki telah menganjurkan Kursus Pembangunan Organisasi kepada guru-guru. Kursus ini diadakan di Institut Aminuddin Baki Genting Hinghland Pahang Darul Makmur, yang melibatkan seramai 38 orang peserta yang terdiri daripada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran/Kurikulum di 19 Buah SRA JAWI yang terpilih.

Objektif program ini adalah bagi meningkatkan prestasi sekolah melalui perubahan yang sistematik bermula daripada pemimpin sekolah kepada warga sekolah serta melonjakkan kecemerlangan organisasi daripada aspek hala tuju, pengurusan organisasi serta pengajaran dan pembelajaran.

Pendedahan kursus memberi fokus kepada aspek berikut  iaitu  pertama, memandu peserta dalam memastikan dan merealisasikan kecemerlangan keberkesanan kendiri dan kepimpinan berkesan, kedua, pembinaan pasukan dan pengurusan perubahan, ketiga,  kelestarian kecemerlangan sekolah. Kursus ini telah dibimbing serta tunjuk ajar oleh pihak pensyarah IAB.

Majlis perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Hj. Yaakob Bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI yang telah berbesar hati untuk menyampaikan sijil penyertaan dan cenderahati kepada semua peserta dan penceramah.

   

 

   


Bahagian Pelajaran

JAWI

 

 


Cetak   Emel