05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Asas Pengajaran Dan Pembelajaran Iqra’

 
 

10 Ogos 2015 (Isnin) -  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) dan Syarikat Darul Fikir telah menganjurkan Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Iqra’. Syarikat Darul Fikir adalah syarikat yang menerbit dan mencetak buku dan BBM Iqra’ dan menyediakan latihan kaedah asas kepada tenaga pengajar.Kursus ini dilaksanakan sebanyak empat siri berdasarkan Zon JPWP (Bangsar, Pudu, Sentul dan Keramat) yang melibatkan 406 orang peserta terdiri Guru Pendidikan Islam (GPI), SRA, JAWI (guru al-Quran Tahun 1 dan Pentadbir Sekolah), guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang terpilih dan guru al-Quran Tahun 1, SK, KPM.

Perasmian kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah (Operasi), JAWI.  Beliau menjelaskan bahawa ini adalah suatu program transformasi guru dari aspek kerohanian dan penghayatan mendalam terhadap kecintaan dan pembudayaan al-Quran. Selain itu, ia juga bertujuan bagi merealisasikan hasrat Pengarah JAWI dan KPM agar semua murid mampu membaca al-Quran dengan betul dan lancar. Justeru, langkah mengadakan Kursus iniadalah langkah yang tepat pada masanya kerana menyediakan latihan guru yang mencukupi dan bahan pengajaran yang efektif.Di akhir perasmian, YBrs. Timbalan Pengarah (Operasi) menegaskan outcome daripada Kursus PdP Iqra’ agar para peserta dapat:

  1. Memahami teknik mengajar Kaedah Iqra’ dengan jelas
  2. Mengaplikasikan Kaedah PdP Iqra’ dengan berkesan
  3. Memperoleh natijah yang memberangsangkan melalui Kaedah PdP Iqra’ yang betul
  4. Menyelaras penggunaan BBM Iqra’ di SRA, JAWI bersamaSK, KPM secara lebih sistematik dan efisyen
  5. Menyeragam pandangan dan pendekatan ilmu berasaskan PdP yang tepat dalam mengajar Iqra’ dan al-Quran
  6. Berupaya menyampaikan ilmu, berkemahiran tinggi dan komited dalam usaha melahirkan generasi celik al-Quran

Turut hadir dalam majlis perasmian kursus ini ialah Dr. Mohd Zamir bin Bahall, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pelajaran, Encik Wan Mohd Zaidi bin Wan Mahmood, Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam, Sektor Pendidikan Islam, JPWKL  dan Encik Amran bin Mohammad mewakili Syarikat Darul Fikir. Sepanjang Kursus PdP Iqra’, para peserta dibimbing khas oleh Yang Brs Dr. Muhammad Furqon Dr. Muhammad Djamil Rifani.

 

    
   

 Bahagian Pelajaran, JAWI


Cetak   Emel