05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Ziarah Dakwah Bil Hal Hospital Rehabilitasi, Cheras

zd6

4 Ogos 2015m / 20 Syawal 1436H ( Selasa): Jabatan  Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Ziarah Dakwah Bil Hal di Hospital  Rehabilitasi , Cheras.

Program ini merupakan salah satu program di bawah  anjuran Unit Kebajikan, Bahagian Pengurusan Dakwah ,JAWI.  Seramai  10 orang  kakitangan Unit kebajikan dengan kerjasama  kakitangan  Hospital  Rehabilitasi ,Cheras  yang terlibat  dalam  program ziarah tersebut. Para  kakitangan bertolak  jam 2.30 petang  dan tiba  jam 3.30 petang  dengan  menaiki  van.

Disamping menziarahi pesakit, pihak JAWI turut membekalkan buah tangan kepada 50 orang pesakit dan sebanyak 5 wad yang berjaya dilawati. Program  ziarah ini secara tidak langsung memberi perangsang  dan semangat  positif kepada pesakit  dengan menziarahi   serta menyampaikan buah tangan.

Program  ziarah diadakan  adalah bertujuan  untuk  menyedarkan   masyarakat  tentang  tanggungjawab  sosial  terhadap  golongan  yang  memerlukan  bantuan  serta  ianya  juga  merupakan  program  berkala  yang dilakukan oleh pihak JAWI.

Program sebegini dapat memupuk jaringan kerjasama antara agensi. Di samping itu, terjalinnya ukhuwah mahabbah.

Program ziarah ini juga merupakan salah satu cara  terapi  yang  boleh  meringankan beban pesakit dengan memberi kata-kata perangsang  dan semangat yang kuat   untuk mengharungi keperitan  sakit  yang  ditanggungnya. Diharapkan  program seperti ini   harus diteruskan dan menjadinya  program utama dalam melaksanakan tanggungjawab sosial bagi setiap agensi-agensi lain. 

zd1 zd2
zd4 zd3


Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel