05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Sumbangan Mangsa Banjir di Kelantan JAWI teruskan

zk1

1-2 Ogos 2015m/16-17 Syawal 1435h (Sabtu-Ahad)- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menyampaikan sumbangan bantuan banjir kepada 1 masjid dan 4 buah surau di negeri Kelantan Darul Naim.

Penyampaian sumbangan oleh pihak JAWI ini telah diadakan pada Majlis Makan Malam Bersama YAB Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan di Hotel Renainsannce Kota Bharu Kelantan pada 1 Ogos 2015.

Penyerahan sumbangan oleh YBrs. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI kepada EXCO Parlimen Kelantan iaitu YB Dato’ Abdul Fatah Mahmood mewakili YB Dato’ Menteri Besar Kelantan disaksikan oleh YBhg. Dato Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM dan  YBhg. Dato’ Haji Che Mohd Rahim Bin Haji Jusoh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan( JAHEAIK). Turut serta hadir pada majlis tersebut,  Hajah Mumtaz Md Nawi  Exco Parlimen Kelantan. Pada majlis tersebut juga turut diadakan penyampaian  simbolik  gambar relau al-Quran yang telah disumbangkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sumbangan-sumbangan ini merupakan amanah warga Wilayah Persekutuan yang menderma dan menyumbang melalui kutipan Tabung Masjid dan Surau di Wilayah Persekutuan.

Pada 2 Ogos, YBrs. Tuan Haji Paimuzi, Pengarah  JAWI diiringi YBhg. Dato’ Haji Che Mohd Rahim Bin Haji Jusoh, Pengarah JAHEAIK telah hadir ke JAHEAIK bagi melawat dan meninjau sendiri relau Al-Quran yang disumbangkan oleh JAWI. YBrs. Tuan Haji Paimuzi, Pengarah JAWI juga telah berpeluang melakukan pembakaran al-Quran yang telah musnah akibat banjir yang lalu. Semoga sumbangan oleh JAWI ini memberi semangat juang yang besar dalam misi dakwah. 

zk2 zk3
zk4 zk5


Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel