05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Prihatin Masyarakat Orang Asli, Gerik, Perak

 

koapengarah

 

 

27 -29 Julai 2015m / 11 – 13 Syawal 1435h (Isnin – Rabu):  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Penggerak Masyarakat Orang Asli JAKIM ( PMOA)  serta Majlis Agama Islam Negeri Perak telah menganjurkan Program Jalinan Kasih & Penyampaian Bantuan Banjir kepada  penduduk Perkampungan  Orang Asli (KOA) Sungai Tiang, DUN Temenggor, Gerik, Perak Darul Ridzuan.

 

Program ini merupakan kesinambungan misi bantuan pasca banjir yang telah pun dijalankansebelum ini ke negeri  Kelantan, Pahang dan Terengganu. Rombongan daripada JAWI pada kali ini diketuai oleh Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli, KPP Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.  Para peserta bertolak daripada JAWI pada  jam 8.30 pagi dan tiba di Jeti Awam Tasik Banding, Gerik  tepat  jam 1.30 petang. Seramai 60 peserta  yang terdiri daripada kakitangan JAWI, JAIPk, PMOA, Mubaligh MAIP, kakitangan Jabatan Kesihatan Perak  turut sama berganding bahu membawa dan membungkus pelbagai bentuk keperluan harian seperti kuali, beras, minyak masak , kain pelikat dan kain batik dan lain-lain yang disumbangkan oleh  Jabatan  Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Yayasan Taqwa. Jam 7.30 petang, para peserta tiba di KOA Sungai  Tiang. Di sebelah malam pula, rombongan menikmati makan malam bersama penduduk KOA Sungai  Tiang.

 

Pada 28 Julai, peserta program berkesempatan melaksanakan “dakwah bil hal” dengan menyampaikan ‘goodies’ ke setiap rumah di kampung tersebut. Selain itu, gotong-royong memasak dan membersihkan sekitar surau dan dewan orang ramai turut diadakan. Pada jam 1 tengah hari, Majlis Perasmian Penutup Program Jalinan Kasih & Penyampaian Bantuan Banjir telah  dilaksanakan. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI, Tuan Haji Mohd Kamal bin Mohd Noor, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAIPk (mewakili Pengarah JAIPk) dan Tok Batin KOA Sungai  Tiang, Encik Tapong bin Langsat. Majlis penutup telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hasbullah bin Osman, Ahli Parlimen Gerik. Tidak ketinggalan juga turut hadir sama  Adun Temenggor, YB Puan Salbiah binti Mohamed.

 

Antara aspek yang perlu diberi penekanan adalah kepentingan memberi pendidikan seawal usia kepada anak-anak Orang Asli. Ilmu adalah wadah terpenting bagi memperbaiki kehidupan agar menjadi lebih baik. Turut dimaklumkan bahawa dengan pelbagai usaha dakwah yang telah dijalankan di perkampungan yang telah dihuni semenjak tahun 1990an itu lagi, akhirnya membuka pintu hidayah kepada Tok Batin dan sebilangan kecil penduduk kampung untuk memeluk Islam pada awal Mac 2015. Diharapkan program ziarah dan dakwah  bil hal yang berterusan ini menjadi pemangkin ke arah  menarik lebih ramai di  kalangan anak-anak Orang Asli  untuk tertarik bersama-sama berjuang dalam dakwah agama Yang Esa ini.

 

koa4 koa22
koa5 koa7
koa9 koa10


Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel