05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

Beris1

03-05 Ogos 2015 (Isnin-Rabu) – Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Kursus Peningkatan Profesionalisme bagi para pegawai bahagian ini bertempat di D’ Puncak Beris Lake Resort, Sik Kedah. Kursus yang dijalankan selama tiga hari dari 3 hingga 5 Ogos 2015 ini melibatkan 28 orang peserta yang terdiri daripada pegawai kumpulan pengurusan dan profesional gred S41 dan kumpulan sokongan gred S27.

Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkatkan daya ketahanan para pegawai sama ada dari aspek fizikal mahupun mental dalam menghadapi cabaran dalam melaksanakan tugas serta menguatkan semangat kerjasama sebagai satu pasukan. Sehubungan itu, para peserta telah didedahkan dengan beberapa aktiviti yang menguji tahap kecergasan diri dan kefahaman dalam melaksanakan arahan yang diberikan.

Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh para peserta ialah “Night Safari”, “Water Safety, “Water Confident” and Lake Crosing”, “Jungle Trekking”, Membina Rakit dan Berakit ke Pulau serta “Survival di Hutan”. Kesemua aktiviti tersebut dilaksanakan dengan jayanya oleh para peserta dengan dipantau oleh jurulatih berpengalaman dari pihak pengurusan Resort.

Majlis perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Jaafar bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Kariah yang telah berbesar hati untuk menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta sebagai menghargai komitmen serta kesungguhan yang mereka tunjukkan sepanjang kursus dijalankan.

 

Beris2 Beris3
Beris4 Beris5
Beris6 Beris7
 
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel