05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Islam Siri 4/2015

dranisah5

 

31 JULAI 2015 | 15 SYAWAL 1436H ( JUMAAT ) - Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan CERAMAH PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM SIRI 4/2015 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana Kuala Lumpur.  Program ini dihadiri 45 orang peserta dari pelbagai agensi Kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan di sekitar Wilayah Persekutuan.

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Romzi bin Bujang daripada Bahagian Pengurusan Dakwah dan diteruskan dengan penyampaian ceramah yang bertajuk “Fiqh Kontemporori” yang telah disampaikan oleh YBhg. Prof Madya Dr. Anisah binti Abdul Ghani, Mantan Pensyarah Kanan Universiti Malaya (UM). Antara  intipati ceramah adalah  membincangkan tentang istilah hukum fiqh, sumber fatwa fiqh kontemporari, metod istinbat hukum kontemporari dan contoh-contoh fiqh kontemporari.

Semoga ilmu yang telah dicurahkan dapat memberi kefahaman mengenai islam dengan lebih jelas dan dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam kehidupan seharian.

 

Ucapan Pengerusi Majlis

dranisah1

Slot bersama Dr Anisah 

dranisah2

 

( Gambar peserta)

dranisah3

( Gambar urusetia) 

dranisah4

 


Disediakan Oleh:                                                                                                                            

Bahagian Pengurusan Dakwah,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel