05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

15 Kakitangan JAWI Menambah Ilmu di Bumi Mesir

 

mesir3

 

1-2 Ogos 2015M/16-17 Syawal 1436h : Bahagian Pengurusan Kariah JAWI telah menganjurkan Kursus Profesionalisme Pegawai-Pegawai Masjid Wilayah Persekutuan di Darul Ifta' Kaherah Mesir bermula 1 hingga 31 Ogos 2015. Peserta adalah seramai 15 orang dari pegawai-pegawai masjid di sekitar Wilayah Persekutuan dan diketuai olehY.Bhg Ustaz Yusof Bin Mamat (Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Kursus ini bertujuan meningkatkan ilmu dan kemahiran khususnya sebagai imam yang profesional.

Mewakili Tuan Pengarah JAWI, Tuan Haji Yaacob bin Abdul Rahim selaku Timbalan Pengarah Operasi JAWI telah sudi memberi bimbingan dan galakan berupa ungkapan nasihat kepada semua peserta rombongan yang terlibat semasa di lapangan terbang. Penerbangan bermula 9.25 malam waktu Malaysia. Turut hadir bagi menjayakan majlis iringan tersebut ialah Penolong Pengarah Kanan Zon 2 dan 6 serta beberapa kakitangan JAWI.

Pada 2 Ogos 2015M/17 Syawal 1436H pula, rombongan dari JAWI telah selamat sampai ke destinasi pada jam 5 pagi waktu Mesir. Kedatangan mereka telah disambut oleh dua orang wakil Kedutaan Malaysia ke Mesir iaitu Ustaz Muhaimin bin Mahmood dan Ustaz Imran bin Ibrahim. Aktiviti yang bakal didedahkan kepada para peserta adalah Pengajian Ilmu secara langsung bersama Para Sheikh Universiti al-Azhar, Talaqqi al-Quran dan siri ziarah tempat-tempat bersejarah. 

(Ucapan dari Tuan Haji Yaacob)

mesir1

Gambar di KLIA

mesir3

( Gambar setibanya di Mesir) 

mesir4

 

Bacaan Doa Selamat

mesir2

 


Disediakan Oleh:                                                                                                                            

Bahagian Pengurusan Dakwah,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel