05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Laporan Majlis Pengisytiharaan Naiktaraf Surau Jumaat An-Najah Taman Batu Muda Kepada Masjid Abi Ayyub Al-Ansari

004

31 Julai 2015 (Jumaat) bersamaan 15 Syawal 1436H– Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)  melalui Bahagian Pengurusan Kariah telah  mengadakan Majlis Pengisytiharan Surau An-Najah, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.  Majlis yang diadakan di Dewan Solat Utama Masjid itu telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merangkap Setiausaha Majlis  Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Dalam majlis tersebut, Mejar (B) Tuan Haji Rohim Bin Hj. Hamid, Pengerusi Masjid Abi Ayyub Al-Ansari telah menerima dokumen pengisytiharan daripada Y.Bhg. Tuan Haji  Paimuzi Bin Yahya, Pengarah  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Penaik tarafan Surau An-Najah kepada Masjid ini telah diluluskan oleh Majlis  Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam Mesyuarat  kali ke-131 pada 23 Mac 2015. Nama sahabat Nabi SAW iaitu Abi Ayyub Al-Ansari telah dipilih untuk diberi kepada masjid ini.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Y.B. Senator Datuk Haji Yahaya Bin Mat Ghani, Ahli Dewan  Negara,  Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi, Jawi dan Tuan Haji Jaafar Bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bhgn. Pengurusan Kariah, Jawi.

Masjid Abi Ayyub Al-Ansari  berada di atas Lot 38980, Mukim Batu dan berkeluasan 15780 kaki persegi. Bangunan masjid yang tersergam sekarang ini sebenarnya adalah sebuah bangunan 2 tingkat yang siap dibina pada 21 Jun 2011 dengan kos RM3.3 juta . Melalui beberapa fasa pembesaran yang dibuat terhadap masjid ini, ianya dapat menampung kapasiti jamaah sehingga 1500 orang. Masjid ini mempunyai beberapa kemudahan  seperti pejabat pentadbiran, 4 buah kelas Tadika Islam, pejabat dan bilik guru sekolah rendah agama, ruang dapur dan bilik pengurusan jenazah.

001 004
005 006
007 008
002

Foto dan teks oleh:

Unit Kariah

 


Cetak   Emel