05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS PENUTUP PROGRAM KEMBARA MUNAJAT SYABAB  

PMS1

30 Julai 2015 (Khamis) – Bahagian Pengurusan Kariah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis PenutupProgram  Kembara Munajat Syabab bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur.

.

Majlis ini telah dapat mengumpulkan peserta yang terdiri dari kalangan remaja dari setiap zon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Para peserta terdiri dari kalangan mereka yang telah menyertai Program Kembara Munajat Syabab yang telah berjalan sebanyak 7 siri yang melibatkan Zon 1 hingga Zon 6 termasuk Purajaya.

. 

Di antara pengisian program ialah Solat Hajat, Talk Show bersama Ustaz Drs. Ahmad Termizi Abdul Razak, Motivator Pencetus, Ustaz Shahrizan bin Daud At-Turabi, Mursyid Imam Muda Musim Pertama dan Ustaz Muhamad Khairul Anwar Bin Misri, Bahagian Pengurusan Kariah selaku Moderator. Program juga dihiasi dengan persembahan Nasyid oleh Kumpulan Far East.

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI. Turut hadir ialah Tuan Haji Jaafar bin Haji Ismail, KPPK Bahagian Pengurusan Kariah, Ketua-Ketua Bahagian JAWI serta Pegawai-Pegawai Penyelaras Kanan Zon-Zon.

PMS2 PMS3
PMS4 PMS5
PMS6 PMS7
 
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel