05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Pemantapan Ilmu Munakahat kepada Pendaftar-Pendaftar dan Penolong-Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan Siri 3/2015

 IMG 1691 pemantapan ilmu NCR3  1
 

1 Julai 2015 / 14 Ramadhan 1436H (Rabu) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Program Pemantapan Ilmu Munakahat kepada Pendaftar-Pendaftar dan Penolong-Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan Siri 3/2015 bertempat di  Surau Al-Muhajirin, JAWI, Kuala Lumpur.

Program ini bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 11.00 pagi dan telah disampaikan oleh YBhg. S.S Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. Program ini telah dihadiri oleh pendaftar dan penolong pendaftar perkahwinan, perceraian dan ruju’ orang Islam di Wilayah Persekutuan dan kakitangan BPPK.

 

Seramai 51 orang peserta telah menyertai program ini. YBhg. S.S Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri telah memberi penjelasan tentang Isu-Isu Selepas Perceraian iaitu Hadhanah, Nafkah 'Iddah, Mut’ah, Harta Sepencarian dan Nafkah Tertunggak.       

 

IMG 1695 pemantapan ilmu NCR3   2 IMG 1701 pemantapan ilmu NCR3 3
 IMG 1703 pemantapan ilmu NCR3 4  IMG 1707 pemantapan ilmu NCR3 5

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel