05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Temuduga Imam Dan Bilal Ratib Siri-2/2015

TIMRS21

 

29-30 Jun 2015 (Isnin & Selasa)Bahagian Pengurusan Kariah JAWI telah mengadakan sesi temuduga siri 2/2015  kepada seramai 19 orang calon Imam Ratib dan 22 orang calon Pembantu Bilal Masjid dan Surau Jumaat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Temuduga tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Teratai dan Bilik Mesyuarat Mawar, Tingkat 1, Bahagian Pengurusan Kariah JAWI, Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur. Bagi Sesi temuduga kali ini,  seramai 12 orang penemuduga berpengalaman yang terdiri daripada Pegawai dari Bahagian Pengurusan Kariah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Ketua Imam Masjid  telah dilantik.

 

Tujuan temuduga ini dijalankan untuk memilih calon-calon yang berkelayakan bagi memenuhi kekosongan jawatan Imam Ratib dan Pembantu Bilal yang terdapat di Masjid dan Surau Jumaat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Temuduga yang dijalankan merangkumi soalan yang berkaitan dengan bidang Personaliti dan Kelulusan Akedemik, Al-Quran dan Tajwid, Fekah, Tauhid dan Tasawuf.

 

Diharapkan temuduga yang dijalankan ini mampu untuk meningkatkan kesiapsiagaan calon dalam meningkatkan ilmu dalam melaksanakan tanggungjawab besar sebagai pegawai masjid yang akan dilaksanakan.

 

TIMRS22 TIMRS23
TIMRS24 TIMRS25
TIMRS26 TIMRS27
 
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel