05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Taklimat Pelantikan Baru Penolong Pendaftar Perkahwinan,Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan Tahun 2015

 taklimat PPNCR 1 IMG 1660

 

4 Jun 2015 / 17 Syaaban 1436H (Khamis)– Bahagian Perkahwinan dan   Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Taklimat kepada Penolong-Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan yang baru dilantik pada tahun 2015. Taklimat diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 2,Menara Pusat Islam bermula dari jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari. Taklimat ini  dihadiri oleh 14 orang Penolong Pendaftar Perkahwinan,Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan.  

 

Penolong pendaftar atau lebih dikenali dengan panggilan Imam Jurunikah Kariah merupakan orang yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong bagi mana-mana kariah masjid dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan bagi menjalankan tugas-tugas sebagaimana yang telah ditentukan dalam peruntukan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).

 

Penolong Pendaftar yang telah dilantik bertanggungjawab mengesahkan dan menyokong permohonan Kebenaran Berkahwin bagi pemastautin di kariahnya sebelum dikemukakan permohonan tersebut kepada Pendaftar Perkahwinan,Perceraian dan Ruju' Orang Islam di JAWI. Selain itu, Penolong Pendaftar juga ditugaskan menjalankan akad nikah dalam kariah mereka setelah pemohon mendapat Surat Kebenaran Berkahwin dalam Wilayah Persekutuan daripada Pendaftar di JAWI.

 

Taklimat bermula dengan sesi suai kenal antara Ketua Pendaftar Perkahwinan,Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan iaitu Ustazah Hajah Zaiton Binti Abd Rahman dengan Penolong-Penolong Pendaftar yang hadir. Ketua Pendaftar telah menyampaikan ucapan dan amanat kepada Penolong-Penolong Pendaftar dan mengharapkan agar mereka menjalankan tugasan yang diberi dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah. Selain itu, mereka juga mendengar taklimat dan penerangan tentang Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga serta prosedur-prosedur Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju’ di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

 

Penolong-Penolong Pendaftar memberikan tumpuan penuh terhadap penerangan yang diberikan dan banyak persoalan diajukan kepada Pendaftar iaitu Ustaz Mohd Abd Nasir bin Abdullah selaku pembentang dalam sesi taklimat tersebut. Taklimat diakhiri dengan Penyampaian Surat Pelantikan kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Ruju’ orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan. Taklimat kepada Penolong Pendaftar ini diadakan agar Penolong Pendaftar dapat menjalankan tugas dengan baik dan selari dengan peruntukan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).

 taklimat PPNCR 4 IMG 1561 taklimat PPNCR 3 IMG 1570
 taklimat PPNCR 5 IMG 1559  taklimat PPNCR 2 IMG 1648

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

JAWI, Kuala Lumpur

 

 


Cetak   Emel