05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Pendokumenan SIRAJ Siri 2

 
 

15-17 Jun 2015 (Isnin-Rabu) –  Bengkel Pendokumenan SIRAJ telah diadakan di Hotel Ancasa, Kuala Lumpur bertujuan mengukuhkan pengurusan dan pentadbiran di sekolah tersebut. Seramai 35 orang pegawai dan penolong pegawai Bahagian Pelajaran terlibat di dalam bengkel itu. Bengkel  tersebut sebagai persiapan bagi pelaksanaan Sekolah Rendah Agama Integrasi JAWI yang akan bermula pada tahun 2016.

Bengkel yang dikendalikan oleh Prof. Dr Hasni bin Mohammed, telah memberi banyak input terhadap pelaksanaan SIRAJ. Hala tuju SIRAJ adalah pelengkap terhadap sistem pendidikan sedia ada. Melalui integrasi dwi sistem iaitu Kurikulum SRA JAWI dan Tahfiz serta Kurikulum Kebangsaan akan melahirkan modal insan yang cemerlang bukan sahaja di dunia, malah di akhirat.

Majlis penutup bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg Tuan haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI.  Turut hadir ialah Ustazah Hajjah Azizah Binti Che Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pelajaran. 

   
   

 


Cetak   Emel