05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Latihan Jati Diri Siri 2/2015

 

4 pic

.

14 & 15 JUN 2015 | 27-28  SYA’ABAN 1436H ( Ahad & Isnin ) -  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah bersama 74 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja (74 KP), Kem Perdana Sungai Besi telah menganjurkan Program Latihan Jati Diri Siri 2/2015 bertempat di Taman Alam Liar, Lembah Jemaloi, Jelebu, Negeri Sembilan.

 

Para peserta dibawa ke ‘alam’ tentera yang sebenar dengan merasai pengalaman menaiki trak tentera dari Masjid Negara hingga merentas  pelusuk hutan Kem Lembah Jemaloi yang memakan masa lebih 3 jam. Pada malamnya dihidangkan ‘santapan rohani’ oleh Ustaz Zulkifli Ibrahim dan penyelaras utama Ustaz Muhamad Safwan Saidin. Kepenatan semakin hilang apabila para peserta dihidangkan makanan barat hasil sentuhan Batalion 74 KP yang bidang tugas utama mereka adalah penyajian makanan.

 

Hari terakhir, para peserta diberi pendedahan oleh 2 penceramah Batalion 74 KP melalui latihan jasmani pagi dan 2 sesi ceramah bertajuk “Kerahsiaan dalam Organisasi” oleh Mejar Safarin dan “Nilai Kepimpinan” oleh Mejar Amir Hamzah Saiedin yang juga merupakan Kaunselor Tentera. Melalui 2 sesi ini, banyak input bermanfaat dikongsi terutamanya berkaitan kepentingan menjaga setiap dokumen, strategi dan perihal jabatan yang diklasifikasikan rahsia dan memupuk nilai kepimpinan sebagai seseorang penjawat awam yang dipandang tinggi masyarakat sebagai pendakwah. 

 

Seterusnya Majlis Perasmian Penutup dimulakan dengan ucapan wakil peserta, Ustazah Nor Dalilah Bt Zakaria selaku Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Cenderahati disampaikan kepada para penceramah. Manakala hadiah kepada penembak tepat pada Program Latihan Jati Diri Siri 1/2015 pada 11 Jun yang lepas telah disampaikan oleh pihak 74 KP kepada para pemenang; Encik Nor Azmin Muhammad, Encik Zulkifili Ibrahim dan Cik Nurhidayah Arba’in. 

Dalam perjalanan pulang, peserta sempat singgah di Kem Ikhtiar Hidup (di bawah Universiti Pertahanan Malaysia), Kongkoi, Negeri Sembilan. Banyak perkongsian menarik oleh para penceramah berkenaan tips-tips meneruskan kelangsungan hidup sekiranya terperangkap di tempat-tempat sukar seperti hutan dan menyelamatkan diri dari binatang buas. Demostratsi menghasilkan api, penggunaan daun-daun hutan dan mencari arah kiblat sememangnya amat menarik minat para peserta untuk merasai pengalaman berharga tersebut.

Pastinya setiap saat, ilmu dan pengalaman yang ditimba dari program ini akan menjadi detik yang tidak dapat dilupakan. Paling penting, setiap nilai yang ada dalam dunia ketenteraan akan diaplikasikan dalam rutin kerja harian semaksimum mungkin bagi mencapai mutu produktiviti yang membanggakan jabatan, insyaAllah.

jem3 jem4
jem9 dani2
5 jem66
azah24 ikhtiar hidup18
ikhtiar hidup19ikhtiar hidup22  

 

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI


Cetak   Emel