05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Latihan Jati Diri Siri 1/2015

  

tembak1

.

11 JUN 2015 | 24 SYA’ABAN 1436H ( KHAMIS ) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah bersama 74 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja (74 KP), Kem Perdana Sungai Besi telah menganjurkan Program Latihan Jati Diri bertempat di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Program yang disertai 40 kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI termasuk mubaligh saudara baru bertujuan memberi pendedahan berkenaan gerak kerja dan bidang tugas pasukan tentera dan keupayaan peserta mengaplikasikan nilai yang dipelajari dengan tugasan harian kakitangan amnya dan pendakwah khasnya.

Peluang menembak secara individu dan berkumpulan menggunakan senjata M4 bukan sahaja berjaya mengenal pasti beberapa ‘sharp shooter’ di kalangan peserta namun nilai utama yang diteladani adalah kemampuan mengenal pasti matlamat dengan tepat. Ketajaman melihat, kemampuan untuk fokus, mengenal dan mengatasi kelemahan serta strategi yang diatur adalah antara faktor yang akan menyumbang kepada peningkatan mutu kerja. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang kategori berkumpulan, lelaki dan perempuan. Manakala pemenang kategori individu akan diserahkan pada Program Latihan Jati Diri Siri 2/2015 pada 15 Jun 2015.

 

tembak2 tembak3
tembak1 tembak4
* Gambar bersama senjata tidak disertakan atas faktor keselamatan


Gambar dan teks disediakan oleh:                                                                                                                          
Bahagian Pengurusan Dakwah,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel