05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Di Ambang Ramadan 1436H/2015M

 

7

.

09 JUN 2015 | 22 SYA’ABAN 1436H ( SELASA ) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan SEMINAR DI AMBANG RAMADAN1436H/2015 bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana Kuala Lumpur.  

Program ini dihadiri lebih 1000 orang peserta dari pelbagai agensi Kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan di Wilayah Persekutuan. Program ini bertujuan:-

  • 1) Memberi pendedahan dan panduan kepada peserta mengenai isu-isu semasa dalam perspektif perubatan semasa berpuasa;
  • 2) Membentuk keperibadian yang tinggi di kalangan peserta dalam usaha membentuk keluarga, masyarakat dan negara yang cemerlang; dan
  • 3) Memantapkan kefahaman amalan dan ibadat puasa di sempena bulan Ramadan tahun 2015/1436H kepada peserta, serta dapat menyelesaikan pelbagai masalah isu-isu semasa yang berkaitan fiqh puasa.

Seminar ini melibatkan 3 slot ceramah dan satu Forum Perdana. Ceramah SLOT PERTAMA membincangkan tajuk “Fiqh Puasa : Jaminan Sempurna Ibadah Anda” yang telah disampaikan oleh Al-Fadhilah Prof Madya Dr. Anisah binti Abd. Ghani, mantan pensyarah Univerisiti Malaya (UM), manakala SLOT KEDUA membincangkan tentang “Ramadan Hadiah Allah Untuk Kita” di sampaikan oleh Ul-Fadhil  Ustaz Roslan bin Mohamed, Pensyarah Kanan Universiti Malaya (UM) dan SLOT KETIGA adalah forum perdana terdiri daripada dua orang ahli panel iaitu Al-Fadhil Ustaz Azhar bin Tuarno, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang mengupas tajuk: “Bulan Ramadan Bulan Kaya” dan Tuan Haji Ridzoni bin Sulaiman, Ketua Bahagian Dietetik Hospital Kuala Lumpur. Beliau telah mengupas tajuk: “Bulan Ramadan Bulan Sihat”.  Forum ini dipengerusikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Radhi bin Abdul Ghani dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI).

Antara isu kupasan seminar adalah: penggunaan ubat dan alatan perubatan ketika puasa, menitik ubat kedalam mata, memasuk ubat melalui hidung / suppository (dalam dubur), masuk ubat atau alat melalui faraj, suntikan cecair bernutrin seperti glukos, menitik ubat melalui telinga.  Selain itu, hadiah rohani-buat sikit dapat banyak, mudah memupuk nafsu yang kelaparan, bulan al-quran & mood melampau untuk membaca al-quran, mudah menyucikan jiwa dengan pembelengguan syaitan, mudah mencapai martabat ihsan, mudah mencapai martabat ihsan dan dijanjikan syurga al-rayyan; hadiah fizikal-cuti tahunan pada perut; Perosak hadiah Ramadan - puasa tapi tak solat, berbuka puasa dengan rokok! dan puasa tapi seksi maut!!

Antara lain isu yang diutarakan adalah puasa Ramadan membantu dalam menambahbaik ketahanan dan immunity tubuh melalui detoksifikasi, membantu dalam penurunan berat badan dan body mass index (BMI), membantu dalam kawalan tekanan darah tinggi, membantu dalam penurunan petunjuk penyakit jantung,  membantu dalam menambahbaik paras lipid profile, membantu dalam menambahbaik kawalan glysemic, membantu dalam meningkat sihat minda, dan banyak lagi isu-isu penting yang telah dikupas oleh pembentang kertas kerja dalam seminar tersebut

Semoga ilmu yang telah dicurahkan oleh para penceramah pilihan dapat memberi kefahaman mengenai Islam dengan lebih jelas dan dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam kehidupan seharian terutamanya di bulan Ramadan penuh barakah.

 

sar2 sar6
6 9
12 sar7


Gambar dan teks disediakan oleh:                                                                                                                          
Bahagian Pengurusan Dakwah,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel