KURSUS KECEKAPAN DAN KECERDASAN "3K"
|
3 hingga 5 Jun 2015 / 16 hingga 18 Syaaban (Rabu hingga Jumaat) : Bahagian Penguatkuasaan dan Pengurusan Dakwah JAWI dengan kerjasama Rejimen Askar Melayu DiRaja (1RAMD) telah melaksanakan Kursus Kecerdasan dan Kecerdasan “3K” yang bertempat Kem Sungai Besi Perdana, Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan. Program selama 3 hari ini telah dirasmikan oleh Leftenan Kolonel kamaruzzaman bin Mohd Yunos Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, diringi oleh Tuan Wan Jaapar bin Wan Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan.
Kursus 3K telah dihadiri seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Objektif program antaranya adalah:
Kursus ini telah diisi dengan pelbagai latihan dan aktiviti yang bertujuan melatih PPA agar mencapai hasrat kursus ini dilaksanakan. Antaranya adalah latihan kawad, senaman tiger work-out, Battle prosedur (Wira Malam), Jungle Tracking, Latihan Fizikal, Forum Perdana, Merentas Halangan, Tempur Tanpa Senjata (TTS), demonstrasi ikhtiar hidup dan seterusnya demonstrasi latihan Menembak di Lapangan Sasar. Kehadiran Brigedier Jeneral Mohd Nazri bin Abidin, Panglima Briged kedua Belas Infantri Malaysia dan Yang Berbahagia Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI semasa sesi latihan sedang berlansung menunjukkan sokongan dan dorongan kepada peserta kursus untuk menamatkan kursus dengan jayanya. Selain itu, memaparkan hubungan yang erat antara JAWI dan 1 RAMD khususnya.
|