SEMINAR FIQH MUSLIMAH 2015
. 10 Jun 2015 / 23 Syaaban 1436H (Rabu) – Pejabat Pusat Zon 1, Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persatuan Kumpulan Muslimah Zon 1 telah mengadakan Seminar Fiqh Muslimah 2015 bertempat di Dewan Al-Ghazali, Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Menjalara, Kepong. Seminar bermula pada jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. . Seminar ini telah dihadiri oleh seramai 450 orang peserta muslimah yang mewakili masjid-masjid Zon 1. Dua slot ceramah telah berjaya dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta. Slot pertama bertajuk “Ada Apa Dengan Thoharah” telah disampaikan oleh YBhg. Ustazah Isfadiah Binti Mohd Dasuki, Pensyarah UIAM dan slot kedua disampaikan oleh YBhg. Dr. Nik Salida Suhaila Binti Nik Salleh, Pensyarah Kanan USIM dengan tajuk “ Mencari Taqwa Dalam Ramadhan”. Perasmian seminar ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tn. Hj. Abdul Nasir Bin Ahmad, KPP Bahagian Pengurusan Kariah, JAWI. Turut hadir ialah Ustaz Osman Bin Abu Bakar, Penyelaras Zon 1 dan YBhg. Datin Nadratun Nafisah Binti Hj. Thamin, Tim. Pengerusi Persatuan Kumpulan Muslimat Zon 1.
|