05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Penjelasan Isu Undang-Undang Keluarga Islam “Poligami: Masalah Atau Penyelesaian?”

seminar poligami 2
12 Mei 2015 / 23 Rejab 1436H (Selasa) – Unit Pembangunan Keluarga Islam, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Seminar Penjelasan Isu Undang-undang Keluarga Islam “ Poligami : Masalah Atau Penyelesaian?” bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam. Seminar tersebut bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang.

Objektif seminar ini adalah untuk memberi penjelasan berkenaan konsep poligami dalam Islam, memberi pendedahan berkenaan prosedur dan pengurusan perkahwinan secara poligami di Malaysia dan juga menjelaskan berkenaan hak-hak pasangan yang terlibat dalam poligami.

Seminar ini telah dihadiri oleh 100 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi dan telah diisi dengan dua slot ceramah. Slot pertama bertajuk Madu itu Manis, Bermadu Itu Pahit? yang telah disampaikan olehUstaz Mohd Zamri bin Mohd Shapik,Ketua Penolong Pengarah, Pusat Pengurusan dan Undang-Undang Islam, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), manakala slot yang kedua telah disampaikan oleh YAA Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, AMN,BSK,PPC Ketua Hakim Syarie Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dengan tajuk Poligami dalam Undang-undang Keluarga Islam : Satu Penjelasan.

1 4
 3  5

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel