05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MULTAQA GURU TAKMIR DAN PEMEGANG TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

MTT1

3 Jun 2015 (Rabu) – Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Multaqa Guru Takmir Dan Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Program ini telah dihadiri oleh 1000 orang peserta yang terdiri daripada guru takmir dan pemegang tauliah mengajar agama Islam di Wilayah Persekutuan.

Pengisian program ini terdiri daripada dua pembentangan kertas kerja. Pembentangan kertas kerja pertama bertajuk Asas Ilmu Tartil Al-Quran : Satu Tinjauan telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Dr. Muhammad Lukman Bin Ibrahim, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Manakala pembentangan kertas kerja kedua pula bertajuk Persoalan Ijtihad Masakini telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Ibnor Azli Ibrahim daripada Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sempena program ini juga, 3 orang guru takmir telah dipilih menerima Anugerah Guru Takmir Cemerlang. Penerima-penerima anugerah tersebut ialah Ustaz Haji Zakaria bin Abd. Rahman, Ustaz Haji Abdullah bin Awang dan Ustaz Haji Osman bin Hassan.

Majlis perasmian dan penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM yang mewakili YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI dan YBhg. Tuan Haji Jaafar bin Haji Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Kariah, JAWI.

 

MTT2 MTT3
MTT4 MTT6
MTT5 MTT1


Disediakan Oleh:                                                                                                                              
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel