05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kem Motivasi Jatidiri Remaja Masjid (KMjRM)

KMJRM2

29 – 31 Mei 2015 (Jumaat – Ahad ) – Pejabat Pentabiran Zon 2,JAWI dengan kerjasama Masjid Salehuddin al Ayyubi,Taman Melati telah mengambil inisiatif menjadikan cuti pertengahan persekolahan tahun 2015 lebih bermakna dengan mengadakan program Kem Motivasi Jatidiri Remaja Masjid (KMjRM) .

Program motivasi selama 3 hari 2 malam itu dihadiri sebanyak 80 remaja lelaki dan perempuan bertempat di Kompleks Masjid Salehuddin al Ayyubi,Taman Melati yang dirasmikan oleh YBhg Dato Abd Rahim bin Abd Hamid, Pengerusi Masjid Salehuddin al Ayyubi,Taman Melati

Program KMjRM memberi fokus kepada pembentukan sikap muslim sejati menerusi aktiviti-aktiviti seperti sesi ceramah, kuliah agama, praktikal solat, qiamullail, latihan kendiri dan aktiviti explorace yang bercirikan Islamik.

Pengisian hari pertama berkenaan slot “Pengenalan Diri” yang bertujuan untuk membina kemesraan di kalangan para peserta. Manakala pada hari kedua pula para peserta melakukan aktiviti pengukuhan ilmu fardhu ain dalam diri seperti slot “Hikmah Thaharah”, “Sempurnakan Solatmu”. dan aktiviti sunnah turut diadakan iaitu slot Memanah yang diadakan di Kompleks Sukan Malaysia Keramat.

Kebanyakan peserta yang mengikuti program ini merasa amat gembira dan seronok kerana berpeluang menambahkan ilmu disamping berkenalan dengan ramai kawan-kawan baru. Melalui program ini juga, mereka semakin sedar akan kepentingan menjadi seorang muslim soleh yang sentiasa menjaga hubungan baik dengan Allah, ibu bapa, saudara mara dan rakan taulan.

 

KMJRM3 MSZ63
Sinopsis20154 MSZ65
   


Disediakan Oleh:                                                                                                                              Pusat Pentadbiran Masjid Zon 2
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel