05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

ISRA' MIKRAJ BERSAMA ANGKASAWAN NEGARA

Angkasa1

 

MASJID JAMEK AL KHADIJIAH - 28 Mei 2015 - Isra' Mikraj adalah peristiwa memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan Allah SWT dan bukti kebenaran mukjizat keatas Rasulullah SAW. Bagi menyusuri perjalanan ini disudut saintifik, Masjid Jamek Al Khadijiah Pantai Dalam dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 6 JAWI telah menganjurkan Forum Perdana Peristiwa Agung Isra’ Mikraj 1436H dengan menampilkan tokoh saintis Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Negara dan juga tokoh agamawan Ustaz Zul Ramli M. Razali. Forum ini telah dipengerusikan oleh Tuan Mahadie Mohd Ismae’ly selaku moderator forum. 

 

 

 

Forum Perdana ini juga telah mendapat kerjasama daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ MAIWP) dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah menaja perbelanjaan dan kelengkapan logistik bagi menjayakan program ini. Dianggarkan kehadiran seramai 600 orang Jemaah yang terdiri daripada anak kariah masyarakat setempat, pelajar sekolah dan mahasiswa daripada IPT berhampiran. Sambutan yang sangat menggalakkan ini adalah satu titik tolak yang positif dalam merapatkan ukhuwah antara ahli kariah dengan masjid.

 

 

 

Forum Perdana Peristiwa Agung Isra’ Mikraj 1436H ini telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Zulkifli Bin Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek al Khadijiah, Pantai Dalam. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut Ustaz Hazman Che Mohamed, Pegawai Penyelaras Kanan Zon 6, Bahagian Pengurusan Kariah JAWI, Wakil Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Wakil Pusat Pungutan Zakat(PPZ MAIWP), Wakil DBKL dan Wakil Pelajar dari Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Universiti Malaya. 

 

 

Angkasa1 Sinopsis20153
Sinopsis20154 Sinopsis20155
Sinopsis20156 Sinopsis20157


Disediakan Oleh:                                                                                                                               Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel