05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Muaddib Sebagai Agen Pendakwah 2015

Muaddib 01

20 Mei 2015 (Rabu) – Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Seminar Muaddib Sebagai Agen Pendakwah 2015, Peringkat JAWI Labuan bertempat di Dewan Syura Masjid Jamek An-Nur, W.P.Labuan.

Seminar ini melibatkan semua Guru Sekolah Rendah Agama (SRAI) W.P. Labuan dan Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) Wilayah Persekutuan Labuan. Tujuan utama seminar ini dijalankan adalah untuk melahirkan guru yang mempunyai ciri-ciri pendakwah dalam menyebarkan kefahaman Islam kepada murid-murid pada zaman Milenia ini yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Oleh yang demikian, seminar ini khususnya dirancang untuk memberi pendedahan kepada pendakwah yang sentiasa berfikiran terbuka dalam hal ehwal semasa dan berkualiti demi melahirkan insan yang berkualiti untuk dunia dan akhirat. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan  tugas murni mereka dari masa ke semasa demi melahirkan generasi yang soleh dan solehah.

Cawangan Pelajaran menjemput dua orang panel penceramah iaitu Penceramah pertama YBhg. Al-fadhil Ustaz Ibrahim Bin Mat, Guru Jabatan Pendidikan Labuan yang menyampaikan ceramah beliau bertajuk “Rasulullah S.A.W Idola Bagiku Sebagai Murabbi” dan Penceramah kedua YBhg. Al-Fadhil Ustaz Shahmun Bin Yahaya, Pensyarah Kolej Matrikulasi Labuan yang menyampaikan ceramah beliau bertajuk “Peranan Muaddib Sebagai Agen Pendakwah Seterusnya Kepada Murid Dan Masyarakat”.

Muaddib 02.1 Muaddib 03.1

Foto dan teks oleh:

Bahagian Pelajaran,

JAWI, Cawangan Labuan


Cetak   Emel