05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Guru SRA dan KAFA JAWI Di Hargai

28hb Mei 2015 (Khamis) –  Bersempena Sambutan Hari Guru Peringkat JAWI, seramai 1200 orang guru terdiri dari guru Sekolah Rendah Agama (SRA) dan guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) diraikan di Dewan Kompleks Pusat Islam. Majlis ini merupakan anjuran bersama JAWI, Persatuan Guru-guru SRA (PGSRA), Persatuan Guru-guru KAFA (PERKAFA) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Wilayah Persekutuan.

Majlis sambutan ini telah disajikan dengan dua sesi ceramah oleh Dr. Mohd Izhar bin Mohd Khasim dan Ustaz Mohd Ghazali bin Omar. Perkongsian ilmu yang dicurahkan ini menjadi pedoman dan panduan kepada semua guru yang hadir.

Sambutan Hari Guru 2015 telah dilancarkan oleh YBrs. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI. Turut bersama ialah YBrs. Tuan Haji Mohd Rais bin Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ. Pelbagai aktiviti telah dirancang yang melibatkan penyertaan semua guru SRA dan KAFA,iaitu Majlis Ihtifal Guru, Ihya’ Ramadhan,  Karnival Sukan Guru dan Mahabbah Aidilfitri.

  

  


Cetak   Emel