05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Taklimat Dan Ujian Kelayakan SIRAJ Tahun Satu

23hb Mei 2015 (Sabtu) –  JAWI telah mengadakan Ujian Kelayakan Tahun Satu ke  Sekolah  Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) bagi sesi persekolahan 2016. Ujian ini telah diadakan di dua buah sekolah rintis SIRAJ secara serentak iaitu di SRA Saidina Othman Ibn.  Affan, Bandar Tun Razak  dan SRA Al-Alusi, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Seramai 537 orang murid  pra sekolah/tadika  telah menduduki ujian bertulis  di kedua-dua sekolah tersebut yang berlangsung selama dua jam.

Selain itu, sesi taklimat oleh guru besar sekolah berkenaan telah diadakan bertujuan memberi kefahaman dan penjelasan tentang hala tuju SIRAJ. Pegawai-pegawai daripada JAWI juga turut serta dalam majlis tersebut bagi menjawab persoalan yang dikemukakan oleh para ibu bapa. Sambutan ibubapa pada hari tersebut amat menggalakkan.

  


Cetak   Emel