05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Sambutan Hari Guru SRAI & KAFA, JAWI Labuan 2015

HGL 01

16 Mei 2015 (Sabtu) – Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Cawangan Labuan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru SRAI & KAFA 2015, Peringkat JAWI Labuan bertempat di Dewan Arena Perumahan Bukit Kuda, W.P.Labuan.

Majlis kali ini diadakan dalam situasi yang berbeza dimana pada tahun ini dilaksanakan acara sukaneka bagi menguatkan jalinan ukuhwah dan merapatkan lagi silaturahim sesama guru dan pegawai. Kesemua guru SRAI dan KAFA telah dibahagikan kepada 10 kumpulan. Turut diadakan juga majlis bacaan yasin dan tahlil serta Penyampaian Sijil Penghargaan dan anugerah kepada guru dan sekolah yang cemerlang yang telah disempurnakan sesi penyampaiannya oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan, Ustaz Sabarudin Bin Hasan.

Penerima anugerah pada majlis tersebut adalah Guru Besar Cemerlang (Ustazah Normasliza binti Hamzah : SRAI Al-Mustaqim Lubok Temiang), Guru SRAI Cemerlang, (Ustazah Peridah binti Matasim : SRAI At Tarbiyah Al-Islamiah Pekan), Guru KAFA Integrasi Cemerlang (Ustazah Janis binti Tuah : SRAI Nurul Hidayah Layang-Layangan) dan Guru KAFA Cemerlang (Ustaz Sofri bin Abd Rajak : Kelas KAFA Kg. Gersik). Manakala Anugerah Sekolah Cemerlang telah dianugerahkan kepada SRAI Darul Ulum Membedai.

HGL 02 HGL 04
HGL 05 HGL 03

Foto dan teks oleh:

Bahagian Pelajaran,

JAWI, Cawangan Labuan


Cetak   Emel