05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Asas Penyembelihan Bakal Pemegang Tauliah Penyembelihan Di Wilayah Persekutuan

16 Mei 2015 (Sabtu) - Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Pusat Zon 5 JAWI dan Masjid Al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan telah mengadakan Kursus Asas Penyembelihan Bakal Pemegang Tauliah Penyembelih Di Wilayah Persekutuan yang bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Program ini telah disertai seramai 180 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan masjid dan surau dibawah pentadbiran Pusat Zon 5 JAWI.

 

Tujuan diadakan program seperti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai konsep dan pengurusan penyembelihan halal dan melahirkan pemegang tauliah yang berilmu dan cekap dalam mengendalikan penyembelihan yang menepati syarak.

Diantara pengisian program ialah Pembentangan kertas kerja pertama yang bertajuk "Konsep Penyembelihan Islam Dan Hikmahnya" oleh Ustaz Abd. Fatah bin YusofPenolong Pengarah Cawangan Halal, Bahagian Penyelidikan JAWI. Tajuk kedua pula yang bertajuk "Sains Dan Teknologi Dalam Penyembelihan" oleh Ustaz Mohd Amri bin Abdullah, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hab Halal JAKIM dan kertas kerja ketiga bertajuk "Isu-Isu Berkaitan Dengan Produk Makanan Halal" oleh Ustaz M. Khalis bin M. Aroff, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal JAKIM.

Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberikan kefahaman dan penjelasan secara terperinci khususnya kepada mereka yang ingin melibatkan diri sebagai penyembelih di Wilayah Persekutuan dari segi aspek hukum syarak.

 

 KURSUS ASAS PENYEMBELIHAN BAKAL PEMEGANG TAULIAH PENYEMBELIH DI WILAYAH PERSEKUTUAN 1 KURSUS ASAS PENYEMBELIHAN BAKAL PEMEGANG TAULIAH PENYEMBELIH DI WP 2 KURSUS ASAS PENYEMBELIHAN BAKAL PEMEGANG TAULIAH PENYEMBELIH DI WP 3
 KURSUS ASAS PENYEMBELIHAN BAKAL PEMEGANG TAULIAH PENYEMBELIH DI WP 4  KURSUS ASAS PENYEMBELIHAN BAKAL PEMEGANG TAULIAH PENYEMBELIH DI WP 5  KURSUS ASAS PENYEMBELIHAN BAKAL PEMEGANG TAULIAH PENYEMBELIH DI WP 6

 

 

 

 


Cetak   Emel