05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Wacana Akidah Siri 6/2015 "Pengukuhan Akidah Umat Islam"

16 Mei 2015 (Sabtu) - Unit Akidah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Masjid Al-Muqarrabin telah menganjurkan satu program Wacana Akidah Siri 6/2015 bertempat di Masjid Al-Muqarrabin, Jalan Ciku, Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur bermula jam 7.30 malam hingga 9.30 malam. Seramai 300 orang telah menghadiri progam wacana ini yang terdiri daripada masyarakat kariah di masjid ini.

Dalam wacana ini, ceramah disampaikan oleh Ustaz Hariri bin Mohamad Daud, Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah JAKIM. Tajuk ceramah yang disampaikan oleh beliau pula adalah mengenai "Pengukuhan AKidah Umat Islam" bersempena dengan Hari Israk Dan Misraj.

Objektif utama program Wacana Akidah ini adalah untuk menerangkan betapa pentingnya akidah dalam kehidupan seorang muslim dalam mengukuhkan keimanannya kepada Allah S.W.T sepertimana yang berlaku pada Nabi Muhammad S.A.W dalam peristiwa Israk Dan Mikraj.

 

WACANA AKIDAH SIRI 6 MASJID AL-MUQARRABIN 1 WACANA AKIDAH SIRI 6 MASJID AL-MUQARRABIN 2 WACANA AKIDAH SIRI 6 MASJID AL-MUQARRABIN 3

 


Cetak   Emel