05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Taklimat Akidah Siri 5/2015 "Pengukuhan Akidah Umat Islam"

16 Mei 2015 (Sabtu) - Unit Akidah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Surau As-Solihin telah menganjurkan satu program Taklimat Akidah Siri 5/2015 bertempat di Surau As-Solihin, Kuarters PDRM Sungai Besi, Kuala Lumpur bermula jam 7.30 malam hingga 9.30 malam. Seramai 150 orang telah menghadiri program taklimat ini yang terdiri daripada masyarakat kariah di surau ini.

Dalam taklimat ini, ceramah disampaikan oleh Ustaz Hazman bin Hashim, Penolong Pengarah Bahagian Perkahwinan JAWI, tajuk ceramah yang disampaikan oleh beliau pula adalah mengenai "Pengukuhan Akidah Umat Islam" bersempena dengan Hari Israk dan Mikraj.

Objektif utama program Taklimat Akidah ini adalah untuk menerangkan betapa pentingnya akidah dalam kehidupan seorang Muslim dalam mengukuhkan keimanannya kepada Allah S.W.T sepertimana yang berlaku pada Nabi Muhammad S.A.W dalam peristiwa Israk Dan Mikraj.

 

TAKLIMAT AKIDAH SURAU AS-SOLIHIN 1  TAKLIMAT AKIDAH SURAU AS-SOLIHIN 2 
 TAKLIMAT AKIDAH SURAU AS-SOLIHIN 3  TAKLIMAT AKIDAH SURAU AS-SOLIHIN 4

Cetak   Emel