05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Wacana Akidah Siri 5/2015 "Pengukuhan Akidah Remaja"

16 Mei 2015 (Sabtu) - Unit Akidah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Institut Profesional Baitulmal telah menganjurkan satu program Wacana Akidah Siri 5/2015 bertempat di Dewan Peperiksaan, Institut Profesional Baitulmal, Lot 1363 Jalan Perkasa, Off Jalan Kampung Pandan, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Seramai 300 orang telah menghadiri program wacana ini yang terdiri daripada pelajar Institut Profesional Bitulmal.

Dalam wacana ini, seramai dua orang penceramah telah dijemput untuk menyampaikan ceramah berkaitan tajuk "Pengukuhan Akidah Remaja" iaitu Ustaz Mohd Khairil Anwar bin Abdul Latiff, Kaunselor Institut Jantung Negara serta Ustazah Nur Hanisah bt Mohd Nor Afandi, Motivator Aura Imtiyaz Training & Consultancy manakala moderator bagi wacana ini adalah Encik Mohd Junaidi bin Juhairi, pelajar Diploma Urusan Haji Dan Umrah, Institut Profesional Baitulmal.

Objektif utama program Wacana Akidah ini adalah mendedahkan kepada para pelajar tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan akidah serta cara untuk mengukuhkan akidah para remaja ini dari terpengaruh dengan budaya dan ajaran agama lain.

 

Wacana Akidah siri 5 2015 di IPB 1   Wacana Akidah siri 5 2015 di IPB 2  Wacana Akidah siri 5 2015 di IPB 3  
 Wacana Akidah siri 5 2015 di IPB 4  Wacana Akidah siri 5 2015 di IPB 5    

Cetak   Emel