05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Taklimat Akidah Siri 4/2015 "Akidah Penentu Kehidupan Muslim"

15 Mei 2015 (Jumaat) - Unit Akidah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Surau Al-Hijrah telah menganjurkan satu program Taklimat Akidah Siri 4/2015 bertempat di Surau Al-Hijrah, PPR Pekan Batu, Batu 5, Jalan Ipoh 52000 Kuala Lumpur bermula jam 7.30 malam hingga 9.30 malam. Seramai 100 orang telah menghadiri program taklimat ini yang terdiri daripada masyarakat kariah di surau ini.

Dalam taklimat ini, ceramah disampaikan oleh Ustaz Johani bin Ibrahim, finalis Pencetus Ummah Musim Kedua. Tajuk ceramah yang disampaikan oleh beliau pula adalah mengenai "Akidah Penentu Kehidupan Muslim."

Objektif program taklimat Akidah ini adalah untuk menerangkan betapa pentingnya akidah dalam kehidupan seorang muslim dalam mengukuhkan keimanannya kepada Allah S.W.T.

 

 SURAU AL-HIJRAH PPR PEKAN BATU 1  SURAU AL-HIJRAH PPR PEKAN BATU 2 SURAU AL-HIJRAH PPR PEKAN BATU 3 

Cetak   Emel