05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Imarah Masjid Melalui Karnival Mesra Masjid 

KMM1

15 -17 Mei (Jumaat – Ahad)- Masjid Amru Ibni Al As,Bandar Baru Sentul telah berjaya mengadakan Karnival Mesra Masjid.Penganjuran selama 3 hari bermula Jumaat lalu dengan penyampaian tazkirah Jumaat oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan,Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad. Penganjuran kali ini mendapat kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pelbagai acara telah disajikan kepada anak kariah di dalam usaha merapatkan komuniti setempat dengan masjid . Karnival kali ini yang disifatkan paling  berjaya telah  menampilkan pelbagai aktiviti untuk anak kariah sekitar Bandar Baru Sentul. Antaranya Bicara Dhuha, Slot Usrah Fitrah, Forum Bicara Zakat, Santai Bersama Imam Muda, dan Malam Kesenian Islam yang berjaya menampilkan figura nasional yang menjadi tarikan ke Karnival Mesra Masjid kali ini. Disamping itu juga,program Jejak Ilmiah dan Pertandingan Mewarna kanak-kanak juga turut diserikan di dalam karnival kali ini di samping pertandingan memanah, sukaneka, dan gerai-gerai jualan turut diadakan di persekitaran masjid. Rata-rata pengunjung yang hadir berasa pengisian 3 hari karnival tersebut berjaya menambat hati masyarakat setempat ke masjid.

 

Sinopsis20152 Sinopsis20153
Sinopsis20154 Sinopsis20155
Sinopsis20156 Sinopsis20157


Disediakan Oleh:                                                                                                                               Pusat Pentadbiran Masjid Zon 2
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel