05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Diskusi Syariah Siri 1/2015

12 Mei 2015 (Selasa) - Unit Syariah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Diskusi Syariah Siri 1/2015 yang diadakan di Dewan Syura Wawasan, Tingkat 2, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bermula jam 8.30 hingga 11.45 pagi.

Tajuk Diskusi Siri 1/2015 adalah berkaitan dengan isu semasa syariah masa kini iaitu "Hedonisme : Terbabas @ Terbatas" yang telah disampaikan oleh Ustaz Dr. Mohammad Nidzam bin Abdul Karim, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Program ini melibatkan penyertaan seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan di JAWI dan agensi yang berdekatan seperti Perpustakaan Islam JAKIM dan BAKA Cawangan PDRM Bukit Aman.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua peserta mengenai isu-isu semasa berkaitan hiburan serta budaya hedonisme yang makin berleluasa disamping memberi penjelasan mengenai hiburan yang dibenarkan dalam Islam. Konsep diskusi digunakan sebagai memberi peluang kepada peserta menyoal dan mengetengahkan idea seterusnya berinteraksi secara langsung dengan penceramah jemputan. 

 

Diskusi syariah 1   Diskusi syariah 2 Diskusi syariah 3  Diskusi syariah 4 

Cetak   Emel