05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Kesedaran Halal Siri 2/2015

7 Mei 2015 (Khamis) - Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan jawi) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Seminar Kesedaran Halal Siri 2/2015 bertempat di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan kuala lumpur yang bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Seminar tersebut telah dihadiri seramai 360 orang terdiri daripada para pengusaha, para penyelia kantin Sekolah-Sekolah di Wilayah Persekutuan.

Programini bertujuan memberikan kefahaman mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan makanan bagi mengelakkan keracunan makanan khususnya kepada para pelajar. Ini kerana, guru dan pengusaha kantin adalah golongan terpenting dalam mengenalpasti makanan yang tidak selamat untuk dimakan bagi mengelak keracunan makanan. Di samping itu, memberikan maklumat kepada pengusaha-pengusaha makanan dalam menyediakan makanan kepada pengguna khususnya pelajar sekolah adalah produk yang halal dan baik.

Antara pengisian dalam Seminar Kesedaran Halal Siri 2/2015 ialah pembentangan tiga kertas kerja yang bertajuk Aspek Kebersihan & Keselamatan Makanan yang disampaikan oleh Puan Nur Zafidah binti Jaafar, Pegawai Teknologi Makanan, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 oleh Mohd Arif bin Razali, Penolong Pegawai Kesihatan Kanan, Pejabat Kesihatan Kepong dan Ustaz Mohd Amri bin Abdullah, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hab Halal JAKIM yang bertajuk Isu-Isu Makanan Halal Pada Hari Ini.

Majlis Perasmian Penutup Seminar Kesedaran Halal Siri 2/2015 telah disempurnakan oleh YBhg. Tn. Che Hussain bin Isa, Timbalan Pengarah Operasi jawi. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Ustaz Zainul Abidin bin Mat Noor, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan jawi.

Menerusi penganjuran seminar ini diharapkan agar bukan sahaja pemilihan makanan halal dititikberatkan tetapi diperluaskan kepada aspek kebersihan dan keselamatan makanan ia bertepatan dengan Konsep Pemakanan Halalan Toyyiban itu sendiri.

 

Seminar Kesedaran Halal siri 2 JPWPKL 1  Seminar Kesedaran Halal siri 2 JPWPKL 2   Seminar Kesedaran Halal siri 2 JPWPKL 3
 Seminar Kesedaran Halal siri 2 JPWPKL 4  Seminar Kesedaran Halal siri 2 JPWPKL 5  Seminar Kesedaran Halal siri 2 JPWPKL 6

Cetak   Emel