05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik JAWI

 

 

12hb Mei 2015 (Selasa) – Seramai 225 orang murid cemerlang dalam Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) dan Ujian Penilaian Kelas Fardhu Ain (UPKK) telah diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik JAWI di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Majlis ini merupakan tanda penghargaan kepada murid-murid yang telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan yang telah diduduki pada tahun 2014. Tanpa usaha bersungguh-sungguh, kejayaan tdak mampu dikecapi. Inilah simbolik motivasi yang ingin disampaikan oleh pihak JAWI agar semua murid di SRA belajar dengan bersungguh-sungguh mencontohi rakan-rakan yang telah berjaya di dalam majlis ini.

Seramai empat orang murid telah menerima anugerah murid terbaik peperiksaan PSRA dan UPKK, iaitu Muhammad Zulqarnain bin Hassan, Nadiatul Fakhira bt Zakpar, Fatin Nur Atiqah bt Aidi dan Muhammad Dinie bin Mohd Hashim.

Turut diumumkan pada majlis ini kategori sekolah terbaik bagi pencapaian keseluruhan peperiksaan PSRA dan UPKK. KAFA al-Islah dan SRA al-Furqan telah menerima anugerah sekolah terbaik dalam pencapaian peperiksaan UPKK, manakala KAFA Sekolah kebangsaan Presint 8 (2) dan SRA al-Khawarizmi telah menerima anugerah sekolah terbaik dalam pencapaian peperiksaan PSRA. 

   

  

 

 

 


Cetak   Emel