05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Wacana Akidah "Pemantapan Akidah" (Siri 4/2015)

8 Mei 2015 (Jumaat) - Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Institut Kemahiran Baitulmal telah mengadakan satu program Wacana Akidah Siri 4/2015 bertajuk "Pemantapan Akidah" bertempat di Dewan Seminar Institut Kemahiran Baitulmal, Lot 1363 Jalan Perkasa, Off Jalan Kampung Pandan, Taman Maluri 55100 Kuala Lumpur bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Seramai 300 orang telah menghadiri program wacana ini yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan Institut Kemahiran Baitulmal.

Objektif program Wacana Akidah ini adalah mendedahkan kepada para pelajar tentang kepentingan akidah dalam kehidupan serta meningkatkan pengetahuan para pelajar tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan akidah.

Dalam wacana ini, ceramah slot pertama disampaikan oleh Ustaz Abd. Fatah bin Yusof, Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jawi. Tajuk ceramah yang disampaikan adalah "Senario Isu Akidah di Wilayah Persekutuan (Ajaran Sesat dan Gerakan Menanganinya"). Manakala untuk slot kedua ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zukhairi bin Mohd Hasbi (Abdullah Al-Marbuqi), tenaga pengajar kuliah Alim, Madrasah Miftahul Ulum, Bandar Sri Petaling, Kuala Lumpur dengan tajuk ceramah "Kepentingan Akidah Dalam Kehidupan"

 

wacana akidah IKB 1  wacana akidah IKB 2 
 wacana akidah IKB 3  wacana akidah IKB 4

Cetak   Emel