05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM KEMBARA MUNAJAT SYABAB  SIRI 2/2015

MSZ11

8 & 9 Mei 2015 (Jumaat dan Sabtu) – Bahagian Pengurusan Kariah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Pusat Zon 1 telah mengadakan Program  Kembara Munajat Syabab Siri 2/2015 bertempat di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Manjalara Kepong.

  

Program ini telah disertai seramai 504 orang remaja yang terdiri dari kalangan remaja dalam kawasan sekitar kariah Masjid Al-Imam Al-Ghazali dan masjid-masjid di bawah Pusat Zon 1.

 

Di antara pengisian program ialah Forum Perdana, Latihan Dalam Kumpulan, Qiamullail dan Tazkirah Subuh. Program ini juga mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Transformasi Anak Muda yang turut membantu melancarkan perjalanan program.

 

Majlis penutupan dan penyampaian sijil program telah disempurnakan oleh Ustaz Osman Bin Abu Bakar, Pegawai Penyelaras Kanan Zon 1.

 

MSZ12 MSZ13
MSZ14 MSZ15
MTQZA6 MSZ17
 
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

Cetak   Emel